Saturday, March 3, 2012

PUDING KARAMEL...

baru tadi pegi makan kat kenduri doa selamat... tuan rumah tu hidangkan dessert puding karamel.... perghh.. hilang mengidam aku... so bile jer balik umah aku cari resepi puding karamel ni... mane la tau nanti nak wat sendiri kan,,.. hehehe

resepi dia seperti berikut.




Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARaMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Cara-cara

  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

bile dah siap.. boleh la menjamu selera.... hehehe... selamat mencuba




Friday, December 23, 2011

AYAM MASAK GULAI LEMAK CILI API

hari ni bile aku bangun dari tidur, terus pegi dapur, tgk mak aku dah prepare nak masak gulai lemak utk lunch... wowh!! mmg feberet.. jadi seperti biase aku pown tolong2 la sikit tumbuk cili ke ape ker... hehehe... resepi die seperti di bawah..


ramuannya:

1, kunyit 1
2. cili padi 1/2 genggam
3. serai 3-4 btg
4. ayam 1ekor
5. santan drp 1 biji kelapa


cara memasak:

1. tumbukkan cili padi dan kunyit sehingga lumat.


 2. kemudian titikkan serai bersama bahan2 yang ditumbuk tadi.

3. kecutkan ayam di dalam kuali dengan menggunakan api sederhana selama 5-10 minit

4. setelah ayam beberapa minit, masukkan santan, kentang dan asam keping.



5. renehkan sehingga kentang menjadi empuk.

6. apabila kentang sudah empuk, bermakna sajian da boleh dihidang.


SELAMAT MENCUBA!!

Sunday, December 18, 2011

DINE AT RESIDENCE HOTEL

last Friday follow i taking my family dine at residence hotel bangi.. the was AWESOME!!!


residence hotel



spegatty arabiata... perghh.. super yummy come with rosemary chicken..




potato salad and omelete


grape jelly with fresh fruits


maps to get there click below..

Friday, December 9, 2011

resepi ayam percik warisan...


AYAM PERCIK WARISAN

BAHAN-BAHANNYA

1.cili kering 2 genggam
2. serai 3-4 tangkai
3.lengkuas 2 ulas
4. bawang putih 10 ulas
5.bawang merah 4-5 ulas
6. kuncit 2 ulas
7. gula 5-7 sudu (ikut citarasa)
8.ayam 2 ekor
kesemua bahan-bahan tersebut mesti dikisar dahulu
cara-cara penyediaan.. (kuah/bahanperap)
1. didihkan adunan yang telah dikisar selama 5-10 minit
2. kemudian campurkan dengan 5sudu gula..
3. asingkan sebahagian kuah untuk memerap ayam
4. didihkan kuah selebihnya sehingga sehingga pekat..
cara-cara penyediaan ayam;
1. potong ayam seperti gambarrajah dibawah

2. kemudian perapkan dgn sebahagian kuah yang telah di masak tadi


3.setelah perap dalam 5 minit.. kecutkan ayam di api yang sederhana selama beberapa minit sehingga ayam menjadi separuh masak.


4. hidupkan bara arang untuk tunjuan memanggang.


5. kemudian panggang ayam sehingga masak.



6. semasa memanggang,.. renjiskan dengan kuah menggunakan serai yang telah dititik kepada ayam..

7.setelah selesai memanggang, bolehlah diangkat dan dihidang bersama kuah yang telah dimasak sebelum ni..


Saturday, October 22, 2011

breakfast at concorde inn KLIA

today lovely sunday morning,.. breakfast in concorde inn klia...

concorde inn located nearly klia..


sausage, beef slice, hashbrown, mash potato n bake beans.. yuumyy!!




prata, coconut rice, veggy curry, waffle in one plate... awesome!!



map to concorde inn KLIA... yum yum hehehehe

Sunday, October 16, 2011

pisang goreng ala batu kikir

cara-cara membuat goreng pisang ala batu kikir




bahan-bahannya..

1. of coz pisang ..
2. tepung gandum
3. sedikit serbuk kunyit
4.  garam secukup rasa
5. air

caranya,

bancuhkan semua bahan bahan di atas


goreng hingga kekuningan dan toskan..


walah... pisang goreng ala batu kikir... sesuai untuk minum petang... selamat mencuba,.. yum..

mee/ rojak ibrahim kuala pilah!!

terlepas gak hajat makan rojak ibrahim kat kuala pilah n9... lame dah ngidamnyer...



rojak ibrahim



mee rebus



kat sebelah deretan gerai mee tu ade gerai cendol... mmg baik la cendol die... perghhh...

cendol yg diberi layanan mesra.. hehehe




memang pekat.. likat... terangkat!!! slurppp


kepada sesiapa yang nak rasa... datang la kuala pilah n9 yer berdekatan dgn pasar kuala pilah.... sllluuurpppp...